Ahad, 22 Oktober 2017


Sehelai kertas.


      Aku sehelai kertas kosong yang ringan, yang selalu manusia guna pakai didalam dunia ini. Aku sehelai kertas yang tiada nilai yang manusia buang selepas mereka guna pakai aku. Tahukah kamu perasaan aku yang menjadi sehelai kertas yang amat berguna bagi kamu tapi kamu tidak pernah menilai aku.

      Dahulu kala aku amat berharga pada mata manusia kerana tanpa aku manusia tidak dapat apa-apa berita atau tatapan bacaan kerana akulah satu-satunya kertas dan cara mereka berhubung, tapi sekarang zaman telah ditelan arus, aku tidak dipandang tidak dilihat dan dibuang atau menjadi sampah yang terbiar sehingga dimakan dek anai-anai yang halus dan licik.

      Aku merindui dimana anak-anak didik tekun mengunakan aku untuk membuat ulang kaji pelajaran,aku merindui mereka melukis keindahan alam keatas aku dan mewarnai diriku. Dengan cara itu aku seakan hidup dan dapat merasai dunia yang semakin maju.

   Dahulunya aku mempunyai sahabat baik manusia yang selalu menghargai aku, beliau tidak pernah membuang aku, beliau menyimpan aku dengan kemas dan rapi di atas rak buku yang beliau sediakan. Boleh dikatakan setiap hari beliau menggunakan aku dan sentiasa mewarnai diriku, aku terasa senang dengannya. Setiap masa yang dia ada hanya pada aku, dia melukis, mewarna, membaca, mencerita, dan menulis.

    Pada suatu hari, aku ditinggalkan keseorangan di atas meja tanpa mengetahui dimanakah beliau pergi, beliau tidak bercerita pada aku, tiba-tiba angin kuat meniup aku, aku terbang keluar tingkap dan terbang seperti daun-daun yang melayang ditiup angin, lalu aku ternampak bayangan beliau, disisinya aku meletakkan diriku,lalu dia mengambil aku dan menangis tanpa apa sebabnya aku pun tidak tahu.

   Aku dibawa masuk ke bilik, dan diletakkan atas meja, lalu beliau memegang dakwat pena yang berwarna hitam yang menunjukkan beliau bersedia menulis, aku menunggu setiap tulisannya, lalu hati aku menjadi sedih membaca apa yang ditulis oleh beliau,

    " Wahai sahabat kertasku, dakwat penaku, dalam hidupku cuma ada kamu dan aku,aku tidak mempunyai sesiapa dalam hidupku,sepanjang hidupku aku hanya melukis, menulis dan bercerita dengan mu,setiap kesedihan dan kegembiraan aku ceritakan padamu,tahukah kamu aku ingin bercerita dengan manusia yang sesama aku ? tetapi siapalah aku untuk bersama mereka,mereka tidak pernah mengendahkan aku,hidup aku hanya bergantung dengan belas kasihan orang lain. sekarang aku ingin berdikari dan mencari kehidupan aku yang sebenarnya, jadi aku terpaksa melepaskan mu dan dakwat pena ku . Selamat tinggal sahabat-sahabat ku."

    Semenjak ketidakhadiran beliau di dalam bilik itu aku merasakan diri aku penuh dengan debu-debu yang membuatkan aku tidak selesa, dan sahabat penaku semakin lama semakin kering dek kerana dakwatnya semakin habis.Lama kelamaaan aku rasa diri aku seperti digigit dan tulisan yang ada pada aku semakin kabur dan menghilang, aku tidak dapat melihat semenjak itu.

    Tahun berganti tahun akhirnya aku muncul dengan keadaan yang serba baru, ramai yang menggunakan aku, tetapi mereka tidak seperti sahabatku yang setiasa menghargai aku,simpan setiap apa yang ditulis dan dilukis, mereka menggunakan aku sesuka hati dan membuang aku sesuka hati, aku menjadi menjadi berguna bila diperlukan dan menjadi tidak berguna bila tidak diperlukan.

      Semakin hari semakin aku mengenali sikap manusia, lalu aku pasrah dengan hidupku, apa yang berlaku pada masa yang lepas hanyalah kenangan yang terindah buatku, dan sekarang tiba masanya aku cuba untuk membuat manusia menghargai aku. Sekarang dunia tidak seperti dulu yang mempunyai hutan yang tebal yang tidak pernah ditebang pokoknya, sekarang hutan semakin tiada, manusia sering membuat kepupusan , aku tidak dihargai, dan dibuang merata-rata.Aku ingin melihat suatu hari nanti manusia menilai aku dengan baik dan prihatin terhadap aku.

     Aku bukannya hina sangat untuk diletakkan ditepi jalan, dipijak manusia dan dibuang merata-rata, aku boleh terima kalau kamu letakkan aku didalam tong sampah kerana aku akan dikitarkan kembali, tapi kalau aku ditepi jalan ? dipijak ? aku akan pupus dan hilang, Tidakkah kau sedar manusia apa yang tertulis pada aku adalah ilmu untuk kamu ? aku membawa ilmu kepada kamu tapi kamu sia-siakan aku.

    Akhir kata, hargai apa yang ada pada kamu pada masa kini, belum tentu apa yang kamu ada sekarang ni kamu akan ada pada masa akan datang, sekian kata dari saya .

                                                                                                                      sehelai kertas.




   

Tiada ulasan:

Catat Ulasan